Termangu..
Kini aku termangu. Laporan perubatan telah dihantar ke Sosco. Katanya boleh cclaim duit laporan tu dengan kemukakan resit bayaran dihospital.
Sijil cuti sakit telah dihantar sebanyak 3 kali. Sampai ke hari ni tak terima apa cek pun. Untuk surat cuti ketiga dan keempat mereka dah buat bayaran tapi aku tak terima langsung. Tarikh cek di pos pada 21/88/2013. Bila aku buat semakan mereka kata dah keluar. Tapi aku tak terima apa-apa. Yang pertama dan kedua adalah aku terima tapi yang ketiga dan keempat tak terima langsung. Aku heran dimana sangkutnya..di pejabat pos kah atau entah dimana..aku tak nak buat spekulasi. Tapi aku khuatir ada posmen yang buang surat2 macam kes2 yang terjadi sebelum ni. Tapi, bil2 dan surat2 biasa aku terima yang dari Socso je aku tak terima. Heran bin Ajaib.
Cek berkenaan hanya sah tempohlakunya selama 3 bulan je. Kemudian aku hantar lagi sijil cuti sakit yang kelima. Aku tanyakan dikaunter, mereka kata dah keluar semua yang terdahulu tu. Kemudian selepas beberapa lama iaitu selepas cuti aku yang terakhir matang aku pun bertanyakan kedudukan cek seterusnya. Mereka kata sudah dikeluarkan jugak. Tapi yang herannya aku masih tidak menerima apa2. Pada pendapat koranglah kan kat mana sangkutnya cek tersebut.
Aku perlukan sangat duit tu, sebab ada yang perlu aku bayar sedangkan aku dah tak terima gaji dari tempat kerja dan selepas tu aku berhenti pulak. Jadi banyaklah yang perlu dibayarkan. Kalau takdapat bayangkan lah duit rumah, duit belanja anak di Universiti lagi perlu disediakan. Takkan nak harapkan duit anak aku yang baru kerja tu. Duit isteriku memang susahlah..banyak sangat nak dibayarnya sebab hutang banyak sangat.
Kini aku menunggu cek gantian yang telah memakan masa 3 minggu tak de lagi khabar beritanya. Itu baru duit cuti sakit. Kalau pampasan tak taulah..entah ade ke tidak entah rezeki aku. Aku perlukan duit tu untuk mengambil lesen memandu bas lah pulak..tak kerja berat dan takde angkat2 barang lagi macam kerja memandu lori .
No comments:
Post a Comment