Punca kecederaan aku.
Peristiwa ni berlaku pada 8/5/2013 pada jam 4.15 petang. Kejadian berlaku di Pacific Hypermarket Telok Wanjah Alor Setar. Aku parking lori pada jarak selangkah besar dari loading bay. Sebab aku tak boleh nak rapatkan lori aku yang 40 kaki dan seberat 25 tan itu ketepi bay sebab ada pemandu lain yang parking tak betul jadi aku pun parking jelah seberapa yang boleh sebab kepada lori dah tak boleh nak kedepan lagi sebab ada halangan besi oleh pihak bangunan. Loading bay tu pulak tingginya 6 kaki dari tanah dan setinggi 1 kaki dari lantai lori aku.
Untuk melangkah ke bay aku letakkan pelet kayu untuk pembantu aku memijak menghulur kotak-kotak buah kepada aku yang menuggu diatas bay. Baru satu pelet aku dah punggah kotak datanglah pulak pak guard bsembang dengan aku tanya itu dan ini. Aku layan jelah sambil slbuk menyambut kotak2 dan menyusunnya diatas pelet. Dalam sibuk aku menyambut dan berpusing tu aku terpijak tebing bay yang tidak bertepi terus aku jatuh. Tapi aku sempat berpaut pada pagar lori (lori aku jenis dinding kanvas yang boleh ditarik kedepan dan kebelakang bila nak punggah barang dan didalamnya ada pagar yang menghalang dari barang2 dalam lori jatuh keluar). Dalam masa itulah aku tergantung dan aku dapat rasakan sesuatu dibahuku terus rasa sakit.
Cepat2 aku naik ke atas bay dan memegang bahu ku mereka yang menengok aku beusaha menarik bahu ku untuk membetulkan tanganku. Tapi mereka tak tahu bahawa bahu aku telah tercabut. Aku tak boleh buat apa selain mengampu bahu ku pada peha aku semasa aku duduk bersila. Aku meminta bantuan pengawal keselamatan mengikut tali dari tengkuk ku untuk mengampu siku. Dia ikatlah dengan tali yang digunakan untuk mengikat kotak2 tu. Aku hubungi pejabat dan bagitau keadaan sebenar. Dalam lori ada dua lagi pasaraya yang aku harus hantar iaitu C-Mart Changloon dan C-Mart Arau. Aku mengambil keputusan untuk duduk dalam lori je dan membiarkan pembantuku warga Myanmar untuk memunggah barang-barang tersebut. Setelah selesai memunggah aku memandu pulang ke Bukit Minyak di Bukit Mertajam dalam keadaan tanganku yang sakit. Aku memandu dengan sebelah tangan, tangan ku yang sakit ku gunakan untuk menekan steering manakala tangan kiriku pula nak digunakan untuk menukar gear. Semasa berhenti di tol Alor Setar Selatan, pembantuku yang turun dari lori ambil kad tol dan membayar duit tol diPlaza Tol Sungai Dua. Agaknya jurutol tu heran mengapa aku sendiri tak bayar. Tapi pembantuku dah bagitau tangan aku patah jatuh kat mereka.
Ak mengharungi perjalanan selama dua ja setengah untuk sampai di tempat kerja.Aku minta kawan tempat kerja aku hantarkan aku ke Hospital Bukit Mertajam dan aku diberi rawatan segera. Selepas di daftar masuk aku di x-ray, ternyata bahuku telah keluar daari soketnya. "Shoulder dislocate" istilah inggerisnya. Aku dibius sehingga tak sedar apa2. Pihak hospital berusaha memasukkan kembali bahu kedalam soket dan bila selesai aku di x-ray semula. Aku dibiarkan sedar sendiri dan doktor memberitahu semua sudah okay dan dia pun memberikan cuti kepada aku selama 9 hari.
Setelah selesai aku pakai baju tapi tangan ku disangkut pada anduh dan baju ku pakaikan diluar. Baru aku hubungi anak dan isteriku untuk mengambil aku di hospital. Aku tunggu lah tapi perutku lapar nak cari kedai makan memang payah. Aku berjalan dalam satu kilometer ke pekan BM untuk mencari kedai makan. Teringat aku Char Kuey Teow di sebelah Alka Ria. Aku berjalan lah dan sampai saja aku order lah sepinggan dan teh tarik secawan. Istimewanya mereka tolong kopek kan untuk aku udangnya siap kerana mereka tau tangan aku hanya sebelah saja.
Aku makanlah sebab perut dah lapar tak makan sejak tengahari tu lagi. Selesai makan isteri dan anak aku tak sampai lagi. Tak lama selepas tu mereka pun sampai. Mereka tergamam kerana nampak aku hanya ada sebelah tangan saja. Sebaik masuk saja kereta mereka tanya apa sebabnya. Aku terangkan apa yang terjadi. Isteriku marah mengapa tak bagitau awal2. Memang aku tak nak bagitau awal sebab tak mau dia susah hati. Lagipun kecederaan tu tak sampai patah atau apa, jadi taknak lah dia risau.
Kalau teruk kecederaanku mungkin aku dah masuk wad. Tapi nasib baiklah aku berpaut pada bay tu semasa jatuh. Kalau aku jatuh ketanah mungkin kakiku patah takpun kepadaku terhantuk pada tebing lori yang mungkin kepalaku pecah. Nauzubillah.
Syukur kehadrat illahi kerana aku selamat dengan kehendak Allah.
No comments:
Post a Comment