Pengunjung Setia Hospital
Bermula dari 8/5/2013 aku menjadi pengunjung setia Hospital Bukit Mertajam terutama Klinik Pakar Orthopedeik dan Klinik Fisioterapi.
Selepas 8/5/2013 aku dikehendaki hadir di Klinik Pakar Orthopedik untuk rujukan Pakar. Setelah membuat pemeriksaan dan ganti kain anduh aku berikan cuti sehingga 19/7/2013. Lama tu. Tapi anduh hospital tu dah aku gantikan dengan anduh yang aku beli di farmasi selesa sikit dan boleh mengampu tanganku pada siku tu sebab kalau tak di ampu rasa macam bahu tu nak tertanggal.
Aku mula mendapatkan rawatan fisioterapi bermula dari 28/6/2013. Kedua-dua lawatan tu aku perlu membayar RM5 setiap kali rawatan. Aku mula diberikan latihan untuk menggerakan bahu ku berperingkat-peringkat sebab sebelum tu doktor tak bagi aku buat pergerakan kasar-kasar khuatir kecederaan lain pula yang timbul. Sehingga satu masa aku membuat latihan mengangkat besi seberat 1 kilogram dan mengangkatnya persis orang mengangkat berat tangan kiriku pula cedera. Kecederaan yang dipangil Carpal tunnel. Mulalah tangan kiri ku tu kupakaikan bandage. Kesakitan ku bertambah lah pulak..mana bahu ku belum sembuh tangan ku pulak sakit.. nak pakai baju sakit, nak pakai kain pelikat sakit, nak lap badan dengan towel pun sakit. Kira sakitlah nak buat apepun sehingga tersinggung terlanggar sesuatu pun boleh mendatangkan kesakitan yang amat sangat.
Kekadang isteriku jenis tangan tak dok diam dalam kereta rajin je dia capai tangan aku yang sakit tu semasa aku memandu. Aku menjeritlah betapa sakitnya. Orang yang tak pernah rasa pasti tak dapat rasakan kesakitannya. Nak menghulur sesuatu kepada orang lain pun kena hati-hati jika tidak bila direntap macam tu saja pun sakit.
Maka rawatanku dihospitalku berselang seli antara rawatan bahu dan tangan. Kekadang semasa aku pelu menghadiri rawatan fisioterapi kalau anak aku kerja pagi aku kena hantarkan dia ketempat kerja dulu kemudian baru aku pergi ke hospital. Tu pun dah pukul sepuluh lebih aku sampai. Kalau dia kerja petang aku pergi hospital awal dan selalunya pukul 10.30 dah siap rawatan.
Begitulah rutin aku selama 6 bulan lepas dan terakhir pada 8/11/2013 iaitu cukup 6 bulan aku kecederaan. Selepas itu aku tak perlulah pergi berjumpa dengan doktor pakar orthopedik lagi, dah tamat katanya. Namun, bahu masih sakit sekali sekala dan untuk mengangkat berat aku tak jamin boleh melakukannya kerana nak mengangkat cerek air untuk menjerang air pun masih terasa sakitnya. Baru-baru ni aku nak mendukung kucing aku pun sakit jugak... entahlah..entah2 aku dah cacat lah tak boleh nak buat kerja berat dah.
Namun, fisioterapi masih diteruskan terutama untuk tangan aku yang sakit Carpal Tunnel tu. Tengoklah selepas ni macamana keadaannya.
No comments:
Post a Comment