Hari ni aku nak ber"blog" lah pulak.
Aku boring sangat2 lah... aku baru saja lepas edah..hehe...aku bercuti dari bekerja selama 6 bulan. Dalam tempoh tu aku hidup tanpa gaji sebenarnya. Tapi yang tak bergaji tu tak la sampai 6 bulan. Adala 3 bulan selepas aku kecederaan je. Sebelum tu aku dapat cuti bergaji. Dan ditambah pulak duit Socso. Bolehlah aku hidup dan membiayai beberapa perkara termasuk lah menghantar anak aku pergi balik masuk ke pulau (sebab dia kerja kat bahagian pulau).
Dua bulan selepas dia aku kecederaan dia dapat kerja di situ. Tugas akulah menghantar dia pergi dan balik. Tempat tu baru bukak dan baru nak beroperassi, minggu pertama tu dia kerja dari 9.30 pagi sampailah 10.30 malam. Maklumlah pembukaannya kira2 seminggu lebih je. Dalam pada aku sakit di bahagian bahu tu aku gagahkan jugak menghantar dia pergi kerja dan menjemput dia balik kerja.
Belanja motor dengan minyak RM5 dan tol RM2.80 sehari. Sakit dibahuku ku tahankan jua supaya aku dapat aku tengok anak aku bekerja dan dia dapat merasa gaji dari hasil titik peluhnya.
Aku masih bercuti. Aku terfikir pulak, kalau aku bekerja nanti macamana. Sebab anak aku masuk kerja pagi pukul 9.30 pagi dan balik 7.30 malam. Kalau kerja petang pulak masuk pukul 12.30 tengahari baliknya pukul 10.30 malam. Aku bayangkan ada tak syarikat yang nak ambil aku bekerja kalau masuk kerja pukul 10.30 selepas hantar anak kerja pagi atau masuk pukul 1.30 kalau dia kerja petang.
Akhirnya aku ambil keputusan hantar notis bekerja seiring dengan tarikh akhir cuti sakitku kira2 3 bulan selepas aku kecederaan. Sedangkan aku belum pulih lagi. Nak masak air pun, angkat cerek berisi air pun masih tak larat. Sedangkan syarikat dah bising hantar SMS tanya aku mengapa tak datang kerja sebab tempoh aku cuti sakit ikut undang2 syarikat ialah 60 hari. Sekarang cuti sakitku dah lebih dari 60 hari. Terfikir lak kat aku apa tak laku ke sijil cuti sakit yang diberikan oleh hospital kerajaan. Sebab tak mau kecoh dan tak mau dia menyalahlan aku sebab dia nak cari pengganti baru lebih baiklah aku hantar notis berhenti kerja. Dalam hatiku rezeki Allah ada dimana-mana. Sejak dari itulah aku tak bekeeeeerja dengan syarikat dan baki gaji aku pun hanya bertahan untuk tempoh tak berapa lama lagi.
Nasib baiklah anak aku dah dapat gaji. Dialah yang membantu serba sedikit keperluan rumah termasuk duit minyak motor dan duit tol. Tapi aku tak boleh bergantung sangat harapan pada dia. Dia pun bakal ada kehidupan dia sendiri nanti. Dia perlu jugak untuk membayar balik duit PTPTNnya. Di samping menabung untuk membeli keperluan seperti barangan peribadi dia dan juga mungkin sebuah kerta atau sebuah rumah.
No comments:
Post a Comment